CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 9, 2016

Wordless Wednesday ~ RINDU ~


Assalamualaikum
Aku rindu, sungguh
Rindu untuk berbloging
Rindu zaman study
Rindu ABAH paling utama
Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al Fatihah.




Friday, August 17, 2012

Tiba Giliran Aku...anak2 tungguuuuuuu

 Assalamualaikum....

mesti ramai yang dah balik kampung kan....aku gak yang masih kat dalam opis...jiwa nak buat keje memang dah xde la kan...ingat nak balik kampung je nie...tapi apakan daya, aku nie balik folow orang..so kene la redho je balik malam raya...

sedih gak raya tahun nie...sebab aku dah x boleh nak beratur kutip cukai dari abang and kakak aku...lagi sedih sebab tahun nie dah sampai giliran aku pulak kene cukai ngan adik and anak-anak sedara...dah la bukan seorang dua tapi adik aku 3 orang + anak sedara 19 orang = 22 orang...nasib baik anak zurin behave xnak keluar awal...nak keluar lepas raya...kalau x bertambah lagi bilangan pengutip cukai...

hurmm....tapi ye la kan...rezeki yang kita dapat lebih baik kalau dikongsi dengan kesayangan buah hati...maka aku dah prepare awal-awal budget untuk adik2 ngan anak sedara...

dah masuk sampul and seal siap2..

then masuk dalam beg siap2...

baju omputih yang boleh ditransformkan jadi baju raya gak..



@~SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN~@
PANDU CERMAT KETIKA PULANG KE KAMPUNG HALAMAN & SEMOGA SEMUA SELAMAT SAMPAI..

Monday, July 23, 2012

wahai hati-hati kesayangan...bersabarlah

Assalamualaikum....

di ramadhan yang mulia ini,
Allah seakan menguji kesabaran hati,
itu petanda masih disayangi dan untuk mengingati,
sesungguhnya ujian sebegini tidak dinanti.

luahan hati didengari tanpa diduga,
mendengarnya membuat diri terpana seketika,
memikir segala baik buruknya sebelum berkata,
kerana bimbang hati makin terluka dan kecewa.

melihat butir-butir jernih yang mengalir,
empangan diri turut melimpahkan air,
kerana bila hati dalam keadaan buntu & sendu,
aku turut merasa akan perasaan itu.



adakah syak wasangka dan telahan ini benar belaka,
ataupun semuanya memang tidak seperti yang disangka,
jika ini hanyalah sekadar ujian antara hati-hati,
semoga dapat ditempuhi dengan baik sekali.

wahai engkau pemilik hati,
jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yang diberi,
kerana takut tiada kemaafan untukmu lagi,
jika hati berderai tidak mampu dicantum lagi.

 



yang  mampu dilakukan kini hanyalah bersabar dan berdoa,
mengharapkan segalanya mimpi yang menduga,
tanpa perlu melukakan hati-hati kesayangan yang lain,
menggapai bahagia dengan sebaik mungkin.

Ya Allah, semoga engkau permudakan segalanya tanpa membuat mana-mana hati terluka dengan penyelesain akhirnya...



dugaan yang maha berat di bulan ramadhan untuk hati kesayngan....moga terus tabah dan berdoa segalanya hanya ujian yang menguji kimanan dan kesabran hati.


Friday, July 20, 2012

Ahlan Wasahlan Ya RAMADHAN

Assalamualaikum.....

Bulan Ramadhan menjelang tiba lagi....selamat berpuasa semua dan semoga di bulan yang penuh barakah ini kita semua pertingkatkan amal ibadat dan menjaga tutur kata serta tingkah laku...


sumpah gembira sangat

awas!!!!
moga dipermudahkan

....(^_^)....