di ramadhan yang mulia ini,
Allah seakan menguji kesabaran hati,
itu petanda masih disayangi dan untuk mengingati,
sesungguhnya ujian sebegini tidak dinanti.
luahan hati didengari tanpa diduga,
mendengarnya membuat diri terpana seketika,
memikir segala baik buruknya sebelum berkata,
kerana bimbang hati makin terluka dan kecewa.
melihat butir-butir jernih yang mengalir,
empangan diri turut melimpahkan air,
kerana bila hati dalam keadaan buntu & sendu,
aku turut merasa akan perasaan itu.
adakah syak wasangka dan telahan ini benar belaka,
ataupun semuanya memang tidak seperti yang disangka,
jika ini hanyalah sekadar ujian antara hati-hati,
semoga dapat ditempuhi dengan baik sekali.
wahai engkau pemilik hati,
jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yang diberi,
kerana takut tiada kemaafan untukmu lagi,
jika hati berderai tidak mampu dicantum lagi.
yang mampu dilakukan kini hanyalah bersabar dan berdoa,
mengharapkan segalanya mimpi yang menduga,
tanpa perlu melukakan hati-hati kesayangan yang lain,
menggapai bahagia dengan sebaik mungkin.
Ya Allah, semoga engkau permudakan segalanya tanpa membuat mana-mana hati terluka dengan penyelesain akhirnya...
dugaan yang maha berat di bulan ramadhan untuk hati kesayngan....moga terus tabah dan berdoa segalanya hanya ujian yang menguji kimanan dan kesabran hati.