Assalamualaikum….
Annyeong
haseyo0o0o0o0…..
Kalau hari nie
nak mo0d bunga-bunga cinta boleh????haish!!!tengok tajuk la kan…KAN KUKEJAR
CINTA KAMU...cinta siapakah yang ingin aku kejar???adakah Hyun Bin oppa ataupun
Chad Michele Murray???kalau diberi pilihan antara keduanya akan aku pilih………ah
sudah!!!x payah nak berngan yang bukan-bukan..walaupun orang selalu kata tiada
yang mustahil tapi itu semua adalah tidak mungkin…namun kalau memang sudah
ditakdirkan wallahualam…sebelum masing-masing mula berprasangka yang aku tengah
dilamun panahan asmara, baik aku stop..tapikan tadi budak opis aku sibuk cakap
yang aku tengah dilamun cinta…apakah????mana pulak diowrg dapat sumber nak
bahan aku nie…abaikan…
Meh aku cite
perkara yang sebenar berkaitan tajuk tue…tue sebenarnya adalah koleksi baru
novel yang aku baru beli beberapa minggu lepas je pun…ini semua gara-gara abang
aku..die konon nak cari kasut bola tapi alih-alih aku yang terbeli novel..macam
xde kaitan kan kasut bola ngan novel punya cite..
sebenarnya
memula kitowrg g masuk pasaraya Giant dulu then berpecah coz abang aku nak g
cari kasut die tapi aku de lagi barang yang nak di cari kat Giant tue..konon
nanti jumpe la kat kedai kasut yang die pegi tue…dah settle sume aku call tanya
kedudukan die then die bagi la nama kedai…beria la aku pusing tapi x jugak
jumpa..dah malas nak cari sekali aku nampak Popular…masuk la aku then
belek-belek novel maka terbekenan plak kat novel baru Fauziah Ashari nie maka
aku pun terbeli…elok je aku siap bayar abang aku call kata die tunggu kat
kereta..cis punya abang….
novel yang berjaya dirembat oleh aku
kadar ketebalan novel nie adalah sedikit menggugat keimanan jiwa untuk membaca..Nasib baik
novel nie x mengecewakan..menarik jugak laaa…mengisah kan seorang isteri yang berusaha untuk goda dan dapatkan balik cinta suaminya yang hilang ingatan setelah terlibat dengan kemalangan...namun mendapat tentangan hebat dari keluarga suami yang sebenarnya bermusuh dengan ayah si isteri terutama nenda dan ayah mertua..nak tau lebih lanjut sila beli dan baca sendiri novel nie erkk...bertambah lagi bilangan koleksi
novel aku…suka!!!
pstt: sebenarnya aku dah habis baca pun novel nie...hehehe...bila nak beli novel baru erkkk..ke ada sesape yang baik hati lagi pemurah nak volunteer beli hadiahkan kat aku...hehehe
0 comments:
Post a Comment