CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 2, 2011

Jewel in The Palace

Assalamualaikum.....
semangat untuk berbl0g sudah kembali(walaupun tau xde 0wrg bace bl0g aku)..tapi x tau ar semangat nie sampai bile kan...mungkin untuk jangka masa yang panjang, sebulan, seminggu ataupun hari nie je....hehehe..s0 kite tunggu dan lihat je ar erkkk....

hurmmm...s0 tajuk aku kali nie macam yang kat atas tue ar kan..actualy tue adalah tajuk cite k0rea yang aku tengah layan sekarang...cite tue aku penah teng0k sebenarnye tapi dh lama..time tue aku still kt f0rm 2 0r 3 k0t..time kt umah masjid g(c0z abah aku dulu t0k siak kampung)...then bile ke time aku balik kampung teng0k tv..skali ntah cam mane aku tertekan ch114 iaitu tv Al-Hijrah...skali teng0k cite nie tgh main...eh!!cite nie tayang balik ke???kt tv Al-Hijrah plak tue...bantai saja..kita layan...cite nie antara cite k0rea pasal sejarah yang aku minat ar...menarik(bagi aku ar)...meh aku k0ngsikan sket inf0 yang aku dapat hasil bantuan pakcik g0ogle...

jewel in the palace
Dae Jang Geum (hangul: 대장금), dikenali juga sebagai The Great Jang Geum, atau Jewel In The Palace, adalah sebuah siri televisyen yang dikeluarkan oleh stesen TV Korea SelatanMBC pada tahun 2003.
Berdasarkan kisah sejarah yang terdapat dalam Babad Dinasti Joseon, ia memaparkan kisah seorang wanita yang dipanggil Jang-geum (dilakonkan oleh Lee Young Ae), yang berjaya menjadi wanita perubatan peribadi pertama kepada raja Korea di masa Dinasti Joseon. Tema utama dalam siri ini adalah kecekalannya dalam menghadapi sebarang masalah dan ketekunan dan kebijaksanaannya hingga dia berjaya mencapai sesuatu yang wanita pada masa itu tidak mungkin berjaya mendapat. Drama ini juga memaparkan makanan tradisional Korea termasuk makanan yang dimakan oleh keluarga diraja dan juga ubat-ubatan tradisional.
sin0psis
Kisah ini berlatarbelakangkan Dinasti Joseon semasa pemerintahan Raja SeongjongRaja Yeonsan-gun (1494-1506) dan Raja Jungjong (1506-1544). Kisah ini bermula dengan ibu putera mahkota Yeonsan-gun diracuni oleh para pengawal istana atas perintah raja pada masa itu.
Selepas kejadian itu, Seo Cheon-su, seorang pengawal yang terlibat dalam pembunuhan itu, pulang ke rumah tetapi dalam perjalanannya mengalami suatu kemalangan. Dia diselamatkan oleh seorang pertapa Tao yang memberitahu dia bahawa hidupnya berputar di keliling tiga wanita: dia akan membunuh wanita yang pertama; dia akan menyelamatkan nyawa wanita yang kedua, dan wanita ketiga akan mengakibatkan kematiannya tetapi akan menjadi penyelamat kepada yang lain. (Wanita-wanita yang dimaksudkan adalah pertama, ibu putera Yeonsang-gun yang dibunuhinya, wanita kedua adalah isteri lelaki tersebut dan ketiga adalah anaknya, Jang Geum). Tekanan jiwa yang dialaminya membuat dia meletak jawatan dari istana.
Di dapur istana pula, Park, seorang perantis dapur, telah menyaksikan sebuah komplot untuk membunuh ibu kepada raja oleh Choi, dan kemudiannya dituduh membuat kesalahan yang tidak pernah dilakukannya dan diberi hukuman menurut cara mereka sendiri. Park diselamatkan oleh Puan Han, kawan baiknya di istana dan kemudian diselamatkan sekali lagi oleh Seo, pengawal istana yang telah meletak jawatan. Kedua-dua Seo dan Park memutuskan untuk tinggal di sebuah kampung yang terpencil dan hidup sebagai petani. Mereka kemudiannya berumahtangga dan melahirkan dan membesarkan seorang anak cilik yang diberikan nama, Seo Jang-geum.
Pada tahun 1504, Raja Yeonsang-gun memerintahkan penyiasatan atas kematian ibunya. Dia mendapat tahu akan tempat sembunyi bekas pengawal Seo dan keluarga, disebabkan juga oleh kesilapan tidak sengaja yang dilakukan oleh si anak kecil Jang Geum. Seo diberkas dan dihukum mati. Jang Geum dan ibunya melarikan diri tapi ibunya dapat diberkas oleh musuh-musuhnya dari dapur istana dan diracuni. Sebelum ibunya meninggal dunia dia memesan kepada Jang Geum untuk menjadi seorang ketua dapur istana supaya dia dapat menulis ketidakadilan yang dilaluinya dalam catatan buku sejarah kaum wanita di dapur istana.
Jang Geum melalui beberapa peristiwa sebelum dia dapat masuk ke istana. Disebabkan ketabahan, bakat, keinginan untuk tahu, dan kerja yang keras, dia telah membantu Puan Han (kawan baik ibunya) untuk menjadi tukang masak utama dalam dapur istana. Dalam istana, Jang Geum telah melalui bermacam-macam cabaran dan sering dijauhkan diri oleh rakan setugas kerana dia lebih bijak dari perantis-perantis yang lain. Walaupun begitu, Jang-geum tidak berputus asa dan dia tekad untuk menjadi seorang yang mahir dalam bidangnya kerana dia percaya bahawa tujuan memasak adalah untuk membawa kebahagiaan dan kesihatan kepada orang yang akan memakan masakan tersebut. Malangnya, sebuah konspirasi yang diketuai oleh Puan Choi dan juga kemanakan perempuannya, Geum-yeong, telah mengakibatkan Jang Geum dan Puan Han dibuang negeri ke pulau Jeju. Semasa di pulau Jeju, Jang Geum bertemu dengan seorang wanita perubatan bernama Jang-deok. Kemahiran Jang-deok dalam bidang perubatan amat terserlah, dan dia sering dipanggil ke istana untuk berkhidmat tetapi Jang-deok menolak setiap tawaran yang dibuat oleh istana.
Jang Geum sedar hanya dengan mempelajari ilmu perubatan saja dapat dia pulang ke istana dan menuntut bela untuk ibunya dan Puan Han. Di bawah bimbingan Jang-deok, dia mempelajari ilmu perubatan...
kaitan sejarah
Dae Jang-Geum adalah seorang wanita yang pernah wujud dan kisahnya tercatat dalam Babad Dinasti Joseon, serta dalam dokumen perubatan pada masa itu. Namun catatan dan rujukan mengenai Jang Geum adalah sedikit dan selalunya singkat. Terdapat dua pendapat mengenai Jang Geum. Ada yang percaya bahawa Jang Geum memang sebenarnya wanita perubatan pertama kepada raja. Pendapat yang lain menyatakan yang Jang Geum hanya watak rekaan berdasarkan beberapa rujukan mengenai wanita perubatan yang terdapat di abad tersebut


pelak0n utama: Lee Y0ung Ae

jang geum & kekasih hati

hebat ?hebat ??..aku leh bagi sin0psis yang punye panjang berjela kat k0wrg..pasal sejarah lak tue..berkat blajar sejarah time f6 ke??memang x ar..time tue mane de blaja pasal mende nie pun..eh!!ke ade??hehehe..

tue sume adalah belas ehsan dari pakcik go0gle..s0 kalau k0wrg nak tau lebih g pasal cite nie leh ar search kat wiki..kat sane de lebih banyak maklumat yang k0wrg leh dapat....mane tau k0wrg akan jadi cam aku terus tertarik ngan cite nie gak....

s0o0o0o00 slamat men0nt0n....

n0ta siku aku: aku kan memang senang tertarik ngan cite k0rea...heheheh

0 comments: