CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 12, 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Assalamualaikum...

tadi buka FB sekali de nampak satu artikel ke d0a erkk..antara 2 tue ar c0z macam artikel tapi macam d0a plak..bila aku baca tetibe aku cam *bagusnya ayat 0r d0a die*..b0lehlah aku jadikan bahan bacaan dan peringatan untuk diri aku sendiri agar aku sentiasa mengutamakan yang MAHA ESA berbanding yang lain...kepada sesiapa yang de baca jugak, itu terpulang pada diri memasing..

pstt: de nama aku dalam ayat kat bawah..IZZAH bermakna KEMULIAAN..
Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.




Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Amin..

kredit ILuvIslam


n0tasikuaku: kita memang selalu mengagungkan cinta dunia berbanding kuasa dan cinta yang MAHA ESA...harap aku terhindar darinya...

0 comments: